Blogger Layouts

Sunday, July 31, 2011

Apa yg lelaki mahu?

Benarkah lelaki memilih untuk berkawan dengan wanita? Atau wanita yang bersikap acuh tak acuh terhadap lelaki? Yang mana satu sebenarnya lebih tepat dan releven dengan suasana masyarakat kita?

Sebentar tadi di waktu rehat tengah hari, dengan suasana yang sunyi dan hening di pejabat, aku bercadang untuk ke perpustakaan sahaja untuk melempiaskan lelah bekerja. Seperti biasa di bulan-bulan Ramadhan yang sebelumnya aku hanya banyak menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, kerana apa? Kerana perpustakaan adalah satu tempat yang tenang dan menenangkan, sunyi dan sepi, juga merupakan port terbaik untuk melelapkan mata! Iyalah, perpustakaan pejabat bukan seperti perpustakaan universiti-universiti yang penuh dengan pelajar yang mahu mencari ilmu, mencari maklumat, mencari idea dan juga mencari awek serta teman sehidup dan semati!

Di perpustakaan yang berkonsepkan tadika (mungkin terlalu banyak gambar-gambar seperti kumbang lady bird, bunga-bunga dan dedaun termasuk daun ganja yang tergantung-gantung di setiap lampu-lampu perpustakaan-kononnya untuk konsep 5S) kelihatan dua orang wanita yang juga rakan sekerja sedang merehatkan minda di situ, sedang membaca akhbar dan bergosip ringan barangkali. Tanpa lengah aku terus ke situ dan berhajat untuk berborak seketika sebelum mencari port terbaik untuk tidur di mana-mana sudut. Duduk sahaja di situ, terus kami berbual rancak hingga ke satu tahap aku diajukan dengan persoalan ini.

“Lelaki ni suka perempuan yang macam mana?”

“Oh…aku suka yang simple-simple jeee…”

“Kalau yang gedik macam mana?”

“Aku tak suka gedik-gedik ni…aku geli…”

“Tapi, kata orang…lelaki ni suka je melayan perempuan-perempuan gedik..tapi at the end, dia akan kutuk-kutuk pulak perempuan gedik ni”

“Entah, aku no komen…aku memang tak suka perempuan gedik, meluat dan boleh buat aku nak muntah, ape lagi kalau gedik dah mencapai tahap macam mak nyah…uweekkkk!!! lainla fresh meat”

“Abes, macam mana pulak dengan perempuan gemuk…kao suka…katala satu hari, si Ramlah (bukan nama sebenar, yang juga seorang perempuan gemuk) datang mengorat kao..kao terima tak?”

“Aku…err…err…no komen…aku tak pasti nak cakap pasal soal rupa paras ni…kejadian tuhan bukan untuk dinilai, setiap kejadiannya adalah yang terbaik dan manusia ini juga adalah sebaik-baik kejadian”

“Eleh kao, aku tahu apa jawapan kao..mesti kao cakap camnikan…(Kalau dah jodoh nak buat macam mana)”

“Errr…tukar topiklaaa…”

Bagi aku kisah suka pada si polan dan si polan tidak kiralah lelaki gemuk atau perempuan gemuk, lelaki yang menggatal atau perempuan gedik, lelaki yang manja atau perempuan yang mengada-ngada, lelaki yang nakal atau perempuan yang menggoda, lelaki yang baik atau perempuan yang baik dan lain-lain adalah satu perkara yang subjektif. Setiap orang ada taste dan citarasa tersendiri, jika seorang lelaki punya citarasa ke arah perempuan gemuk, mungkin dia akan beranggapan perempuan itu seksi, dan gemuk itu “kool” dan yang pastinya jika citarasanya ke arah itu, sudah pasti dia tidak akan melayan mana-mana perempuan bercutting yang mengiurkan. Percayalah! Lihat sahaja satu kes culik, rogol dan bunuh perempuan gemuk di barat (mungkin kes ini di Amerika, betulkan aku jika aku silap) setelah kes ini ditutup dan pihak mahkamah mendapati si pembunuh amat meminati wanita gemuk dan terlalu obses pada mereka. Jadi, dalam hal ini ada juga lelaki yang terlampau obses pada perempuan gemuk. Bagi aku, kegemukan bukan satu kelemahan..malah mungkin juga satu kelebihan. Jika kamu berebut-rebut menaiki bas dan komuter…gunakan sahaja kelebihan kamu itu!

Cuma, di sini suka aku mengingatkan pada kamu-kamu di luar sana…kalau dah gemuk sangat pun tak cantik juga. Carilah berat badan yang ideal dan yang penting jika terlampau gemuk ianya akan membataskan kesihatan dan pergerakan kamu juga. Oleh itu, amalkan diet yang sihat dan jangan risau jika kamu gemuk. Jika kamu agak keberatan untuk berbuat sedemikian rupa dan malas untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah…jangan risau, London Weight Management (Pengurusan Berat Badan London) sedia membantu, janji kamu ada fulus! Lemak-lemak kamu akan disedut secara total menggunakan vakum dan pelbagai teknologi canggih untuk proses pemecahan lemak. Di bulan Ramadhan ini, amat bersesuaianlah bagi kamu yang agak berisi untuk berdiet dan mengurangkan berat badan.

No comments:

Post a Comment